fbpx
Jay Khairil

Jay Khairil dilantik Ketua Pegawai Eksekutif KWAP berkuat kuasa 20 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
mengumumkan pelantikan Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
baharunya, berkuat kuasa pada 20 Mei 2026.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Jay Khairil yang mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan itu akan menggantikan Datuk Nik Amlizan Mohamed yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWAP sejak tahun 2020.

Sebelum pelantikan beliau di KWAP, Jay Khairil berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif Bank
Simpanan Nasional (BSN) dan menerajui transformasi bank tersebut dalam aspek prestasi
kewangan, perbankan digital, daya tahan operasi dan keterangkuman kewangan, di samping
melaksanakan mandat institusi tersebut dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di
seluruh Malaysia.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Audit Dalaman
BSN, selain memegang jawatan kanan di CIMB Group, Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ
(Malaysia) dan Bank Negara Malaysia, dengan pengalaman awal kerjaya di Hong Leong Bank
dan AmMerchant Bank.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWAP,  Jay Khairil akan menerajui hala tuju strategik,
operasi dan keutamaan institusi, di samping melaksanakan mandat KWAP sebagai dana
persaraan sektor awam Malaysia melalui pelaburan yang berdisiplin, tadbir urus yang kukuh
dan kepimpinan institusi dalam jangka panjang. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN