fbpx
Kanak-kanak lelaki dipercayai autisme berusia sekitar 14 tahun ditemui di lorong motosikal Kesas.

Remaja autistik ditemui di Kesas, keluarga diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Seorang remaja lelaki dipercayai autistik berusia 14 tahun ditemui seorang diri di lorong motosikal Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, remaja itu yang dipercayai berbangsa Cina itu dijumpai pada pukul 9.13 malam di Kilometer 43.2, Kesas dari arah Puchong menuju ke ibu negara.

“Remaja itu memakai baju-T berwarna biru lengan pendek dan seluar jeans biru. Dia ditemui seorang diri sebelum dibawa ke balai polis dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk jagaan sementara dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Farid berkata, sehingga kini identiti remaja tersebut masih belum dikenal pasti.

Sehubungan itu beliau menggesa keluarga, waris atau orang ramai yang mengenali remaja tersebut supaya tampil.

“Mereka yang mengenali remaja ini boleh hadir ke Balai Polis Puchong Jaya atau menghubungi talian 03-8075 2222 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN