KUALA TERENGGANU – Kaunter pembayaran pasar raya besar yang dahulunya sesak dengan pengguna yang mahu menebus Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 kini mulai lengang sejak beberapa hari lalu. Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar bandar raya ini dan Kuala Nerus mendapati pengguna tidak perlu lagi beratur panjang untuk menebus Sara, manakala sistem terminal MyKasih juga berfungsi dengan lancar. Seorang pekerja sebuah pasar raya yang mahu dikenali sebagai Atiqah berkata, kaunter penebusan Sara kini berjalan lancar dan……