fbpx

Cabul wanita atas motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika mangsa yang berusia 26 tahun sedang membonceng motosikal yang ditunggang oleh adik perempuannya dari Taman Tengku Anis di sini untuk pulang ke rumah.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dihampiri sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Katanya, lelaki yang berusia 22 tahun itu secara tiba-tiba memegang bahagian badan wanita berkenaan sebelum memecut laju meninggalkan mangsa.

“Ketika melarikan diri, mangsa sempat mengecam motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggang suspek.

“Mangsa yang bekerja sendiri terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini kira-kira pukul 9.23 malam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Abdul Rahim berkata, polis terus menjalankan gerakan mengesan lelaki terbabit dan berjaya menahannya di sebuah rumah di Kampung Sungai Budor di sini.

Katanya, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi selepas kira-kira empat jam polis menerima laporan daripada mangsa.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. Lelaki terbabit yang bekerja sendiri ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI