fbpx
SALAH seorang peserta sedang bertarung dengan ikan.

Kemeriahan pertandingan memancing Kampung Changkat Tin 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERAMAI 54 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Changkat Tin, Perak telah berada di lokasi seawal pukul 7.30 pagi lagi bagi memeriahkan acara. Para peserta mula dilepaskan untuk memancing pada pukul 9 pagi.

Lebih menarik, pertandingan ini juga disertai oleh ramai golongan muda termasuk kanak-kanak yang mula menunjukkan minat mendalam terhadap hobi memancing.

Pada awalnya, dapat dilihat ramai pemancing menggunakan kaedah pancingan dasar dengan pelbagai resipi umpan masing-­masing. 

Walaupun pelbagai umpan telah dihulur, namun ikan masih kurang dinaikkan, sekali gus membuatkan penganjur memberi kebenaran untuk mereka menggunakan kaedah pelampung. 

Atas persetujuan semua peserta, penganjur telah melanjutkan masa pertandingan sehingga pukul 2 petang. 

Ikan-ikan nampaknya mula memakan umpan sekitar pukul 12 tengah hari.

Mungkin disebabkan faktor air lombong yang agak sejuk membuatkan ikan lebih pasif pada waktu awal pertandingan berlangsung. 

JUARA pertandingan kali ini dengan ikan rohu seberat 1.26 kilogram. Mungkin pada program akan datang akan ada tangkapan ikan rohu bersaiz dua digit.

Pertandingan telah ditamatkan secara rasminya pada pukul 2 petang, sebelum diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan acara cabutan bertuah. 

Penyampaian hadiah telah di­sempurnakan oleh Penghulu Mukim Tanjung Tualang, Mohd. Mochtar Mutaffa bersama Ketua Daerah Perikanan Kinta dan Kampar, Nurul Atiqah Mutaza. 

Johan membawa pulang hadiah bernilai RM300 dengan tangkapan ikan rohu seberat 1.26 kilogram (kg), manakala naib johan, RM200 dan tempat ketiga, RM100. 

Hadiah sagu hati berbentuk hamper diberikan kepada pemenang tempat keempat hingga ke-14. 

Antara spesies ikan yang berjaya dinaikkan adalah tilapia, lampam, rohu, katla dan jelawat. 

Saya difahamkan lombong ini mempunyai ikan yang bersaiz mega. Namun, malangnya pada hari pertandingan, tiada peserta yang berjaya menaikkannya.

SAYA (kiri) dan Nurul Atiqah bersama pemenang-pemenang yang berjaya menaiki podium kali ini.

Lombong seluas 8 hektar ini merupakan Lombong Rizab Nelayan Darat di bawah seliaan Jabatan Perikanan Negeri Perak. Ia dikenali sebagai Lombong Komuniti Projek Perikanan Bandar PPRT Changkat Tin iaitu satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak bagi membantu golongan nelayan darat serta kumpulan B40 yang terjejas sumber pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Sejak tahun 2020, sebanyak 12 buah lombong di sekitar daerah Kinta dan Kampar telah dilibatkan dalam projek Komuniti Perikanan Bandar, dan lombong PPRT Changkat Tin merupakan salah satu lokasi utama di daerah Kinta. 

Selain menjana pendapatan kepada peserta, ia juga telah memberikan peluang kepada masyarakat kampung, khususnya pemancing untuk menikmati pe­ngalaman memancing di PPB PPRT Changkat Tin. Ia secara tidak langsung mampu merapatkan silaturahim sesama penduduk terutamanya antara golongan muda dan tua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN