fbpx
Tindakan membuli pengantin boleh menyebabkan tekanan emosi kepada pengantin. - Gambar Janaan AI

Henti buli pengantin, jangan beri tekanan emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Melangkah ke alam perkahwinan adalah impian setiap pasangan bercinta kerana mahu menghalalkan hubungan mereka sebagai suami isteri mengikut syarak bagi mendapat keredaan di sini Allah.

Bagi bakal pengantin lelaki perkara paling mendebarkan adalah ketika majlis akad nikah hinggakan ada yang berpeluh-peluh kerana apabila terpaksa menjawab pelbagai soalan cepu cemas daripada tok kadi atau jurunikah.

Perkara tersebut bagaikan satu budaya sebelum ini, menjadi satu keseronokan membuli pasangan pengantin dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Urusan pernikahan sepatutnya dipermudahkan bukannya disusahkan. Sebagai contoh, mengajukan soalan yang sama berulang kali, menyindir atau melakukan perkara yang menyulitkan proses akad nikah. Ini membuatkan pengantin berasa tidak selesa atau malu.

Sebenarnya peranan tok kadi adalah untuk mempermudahkan urusan akad nikah, bukannya menyulitkan atau membuli pengantin sehingga menjatuhkan air muka di khalayak ramai.

Tindakan membuli pengantin boleh menyebabkan tekanan emosi dan meninggalkan kesan negatif terhadap pengalaman perkahwinan itu sendiri.

Alhamdulillah, sekarang pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri di negara ini sudah meminta agar tindakan membuli pengantin dihentikan kerana boleh memberi gambaran atau imej buruk tentang institusi

Islam kerana agama menggalakkan sesuatu urusan dipermudahkan dan berkasih sayang.

Nampaknya kes-kes melibatkan buli pengantin sudah mula berkurangan, kalau ada pun hanya melibatkan beberapa kes terpencil.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang rakan penulis menceritakan kes yang boleh dikatakan membuli pengantin lelaki berlaku di depan matanya di sebuah majlis perkahwinan di satu daerah di Selangor.

Menurutnya, dalam kes itu bakal pengantin lelaki terpaksa melafaz akad nikah beberapa kali disebabkan saksi tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan sedangkan orang ramai dalam majlis itu berfikiran sebaliknya.

Bakal pengantin dilihat berpeluh-peluh dan jantung berdegup kencang seolah-olah bertanyakan apa yang tidak kena pada jawapan akad nikah yang diberikan, sedangkan dia menjawabnya dengan terang dan jelas.

Mungkin saksi yang diamanahkan itu adalah orang lama atau ‘old school’ yang masih bernostalgia dengan amalan sebelum ini, sedangkan dunia semakin berubah dan jawapan diberikan perlu berubah mengikut zaman asalkan tidak lari daripada maksud.

Ajaran Islam dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah sempurna dan memudahkan untuk semua orang.

Kadangkala apa yang membuatkan agama Islam rumit bukan ajaran Islam itu sendiri, tetapi penganutnya yang baru diberikan sedikit kuasa tetapi selalu menyusahkan orang lain.

Tindakan membuli pengantin tindakan tidak wajar dan dilarang sama sekali, malah tok kadi yang dilantik perlu memudahkan urusan akad nikah selain tidak perlu bertanya terlalu banyak soalan sehingga menjatuhkan air muka orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN