fbpx
LIVERPOOL perlu benar-benar bersedia untuk mengekalkan rekod kemenangan apabila dijadual turun menentang Atletico awal pagi esok. - AFP

UCL: Liverpool mahu kekalkan rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Kemenangan bersih dalam empat aksi awal Liga Perdana Inggeris bukantiket untuk Liverpool mendabik dada bagi membuka kempen saingan Liga Juara-Juara musim ini menentang Atletico Madrid di Anfield awal pagi esok.

Walaupun berjaya mengutip mata maksimum, jentera serangan Liverpool dilihat masih belum benar-benar tajam apabila mereka memerlukan 10 minit terakhir perlawanan untuk meledak gol kemenangan.

Bagaimanapun, kapten The Reds, Virgil Van Dijk kekal yakin dengan pendekatan pengurus pasukan, Arne Slot memandangkan Liverpool kini dibarisi ramai penyerang hebat termasuk dengan kehadiran Alexander Isak.

“Pengurus tahu apa yang dia lakukan dan dia juga yakin terhadap saya serta semua pemain pertahanan lain. Pada akhirnya, kami akan melakukan tugasan bertahan dan menyerang secara berpasukan.

“Apa yang saya tahu, tiada lagi keraguan kehadiran pemain baharu membawa kualiti ke dalam pasukan dan semua orang mempunyai peranan sendiri. Apa yang penting kami kena bersedia dan kekal cergas untuk bermain.

“Kami kena berada pada tahap terbaik kerana inilah tanggungjawab yang kami pikul. Semua orang akan terus membantu antara satu sama lain untuk jadi yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, empat kemenangan Liverpool ketika ini terhasil daripada gol kemenangan lewat iaitu selepas minit ke-83, termasuk semasa kalahkan Burnley 1-0 yang menyaksikan Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI