fbpx
Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang di kawasan tebing Sungai Lubuk Punggor, Simunjan.

Lelaki hilang dibaham buaya ketika menjala ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA SAMARAHAN – Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang di kawasan tebing Sungai Lubuk Punggor, Simunjan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.56 petang semalam dan pasukan dari BBP Simunjan dan BBP Kota Samarahan digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, mangsa yang berusia 32 tahun dilaporkan keluar menjala udang di kawasan tebing Sungai Lubuk Punggor menggunakan perahu bersama-sama ahli keluarganya pada awal pagi.

“Mangsa kemudian dilaporkan dibaham buaya kira-kira pukul 4 petang dan tempat kejadian dari kampung dianggarkan dalam 200 meter,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI