fbpx
Dua maut manakala seorang lagi masih hilang ekoran rumah mereka ranap dihempap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar, hari ini. -Foto IHSAN BOMBA

Lagi kes tanah runtuh, 2 maut di Papar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAPAR – Dua maut manakala seorang lagi masih hilang ekoran rumah mereka ranap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kedua-duanya berjaya ditemui selepas tertimbus di dalam runtuhan tanah sementara operasi mencari seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

“Sepasukan 16 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan ke lokasi tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah yang dihuni tiga orang mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, dua mangsa berjaya ditemui namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, setakat ini identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat diperolehi dan mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Usaha mencari seorang lagi mangsa dipercayai berusia 11 tahun sedang giat dijalankan dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN