fbpx
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur semalam.

Lima cedera, 4 kenderaan, dua bas kemalangan di Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai lima mangsa termasuk dua kanak-kanak cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan serta dua bas persiaran di Jalan Hang Tuah berhampiran Bukit Bintang, di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada pukul 10.49 malam.

Katanya, seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan bantuan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Che Mohd. Solehuddin Che Jusoh, kemalangan melibatkan kereta jenjs Toyota Vios, Nissan Almera, Hyundai Staria dan Honda City, serta dua bas persiaran.

“Kemalangan turut melibatkan lima orang mangsa, terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua kanak-kanak serta seorang wanita dewasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PGOKL berkata, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur.

Tambahnya, tindakan susulan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI