fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sebuah kereta milik kerajaan diletakkan di hadapan kelab malam. - TikTok

Kereta kerajaan ‘sesat’ depan kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sebuah kereta milik kerajaan Indonesia diletakkan di hadapan sebuah kelab malam di Demak, wilayah Jawa Tengah. 

Kereta jenama Mitsubhisi Xpander itu memiliki nombor pendaftaran berwarna merah. 

Di Indonesia, nombor pendaftaraan berwarna merah hanya boleh dipakai oleh jabatan atau agensi kerajaan.  

“Kereta itu tersesat di pusat karaoke Metro 3, adakah pegawai terbabit sibuk menyanyi atau singgah sahaja?” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu menjadi tular sehingga dilihat oleh Pemangku Setiausaha Daerah Mijen, Uditya Yayang Wulandari.

“Kenderaan tersebut digunakan oleh penduduk yang membawa pesakit ke hospital pada 7 September lalu, bukan pegawai kerajaan,” kata Uditya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI