fbpx
PENUMPANG terpaksa berpanas di dalam pesawat. - Foto Ashish Mishra/X

200 penumpang berpeluh penyaman udara pesawat rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Lebih 200 penumpang penerbangan Air India menuju Singapura terpaksa berpanas selama dua jam kerana penyaman udara yang rosak, lapor portal berita MSNews hari ini.

Satu rakaman video yang dikongsi oleh seorang penumpang di platform X menunjukkan penumpang yang kepanasan terpaksa mengipas diri mereka dengan kertas.

Menurut hantaran oleh wartawan Ashish Mishra pada Khamis lalu, dia berada dalam penerbangan AI2380 dari Delhi ke Singapura.

Wanita itu mendakwa bahawa penumpang dalam pesawat itu telah ‘menderita’ tanpa penghawa dingin dan ramai yang terpaksa menggunakan kertas sebagai kipas.

Ketika itu, mereka sudah berada tanpa penghawa dingin selama kira-kira dua jam.

Menurut kenyataan Air India yang dipetik oleh The Times of India, kejadian berlaku disebabkan masalah penyejukan kabin sebelum berlepas.

Penumpang telah diberi maklumat tentang kelewatan penerbangan tersebut dan diberikan sokongan di terminal lapangan terbang termasuk minuman dan makanan, jelas kenyataan itu.

Selepas pesawat digantikan, penerbangan itu akhirnya berlepas hampir enam jam lewat ke Singapura.

Air India turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang, tambah kenyataan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI