fbpx
Gambar hiasan

Zara dituduh mencuri sehari sebelum ditemui tidak sedarkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir telah dituduh mencuri wang sehari sebelum ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asramanya.

Pelajar tingkatan satu itu juga berkemungkinan dibawa menghadiri satu perjumpaan haram dikenali sebagai ‘MA’ selepas aduan terbabit dibuat kepada pelajar senior tingkatan empat.

Pengawal keselamatan asrama, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata, seorang pelajar perempuan ada mengadu kehilangan wang tunai RM300 bersama kad banknya pada 15 Julai lalu kira-kira pukul 8 malam.

Linah yang juga saksi keenam menyatakan pelajar berkenaan mendakwa Zara sebagai individu yang bertanggungjawab mencuri wang terbabit dan perkara itu turut dimaklumkan kepada pelajar tingkatan empat lain yang berperanan sebagai penjaga asrama.

“Selepas aduan itu, pelajar tingkatan empat memanggil Zara untuk berjumpa, namun saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu.

“Berkemungkinan dia dibawa untuk menghadiri perjumpaan ‘MA’,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN