fbpx
SITI NOREHA (kiri) bersama suami, Arun menunjukkan tanaman anggur diusahakan di laman rumahnya di Sedili Kecil, Kota Tinggi semalam.

Dulu penganggur, kini tauke anggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang lelaki yang sebelum ini merupakan seorang penganggur kini berjaya mengusahakan ladang anggur mini di halaman rumahnya di Sedili Kecil di sini.
Arun Samandaewa, 35, kehilangan pekerjaan ketika Covid-19 melanda negara beberapa tahun lalu.

Menurut isterinya, Siti Noreha Zulkapli, 32, berkata, pada mulanya mereka menanam anggur sebagai hobi mengisi masa la­pang.
Katanya, dia tidak menyangka mereka kini memiliki ladang mini di halaman rumahnya.

Uajarnya, tanaman anggur yang diusahakan sejak dua tahun lalu kini membuahkan hasil segar dan manis walaupun ditanam di kawasan panas berhampiran laut.

Menurutnya, idea itu tercetus selepas suaminya kehilangan pekerjaan ketika pandemik Co­vid-19.

“Suami saya menganggur, jadi terdetiklah idea ‘penganggur tanam anggur’. Kami tiada pengalaman, belajar pun melalui laman YouTube. Alhamdulillah, ternyata anggur boleh hidup di kawasan panas,” katanya.

Berbekalkan modal kira-kira RM3,000, pasangan itu kini menanam 12 varieti anggur termasuk shine muscat, baikonur, wies dan julian. Setakat ini, tanaman mereka sudah tiga kali dituai.

Arun berkata, rahsia tanaman mereka subur adalah pemilihan varieti sesuai selain penggunaan sistem fertigasi moden.

Katanya, cabaran utama ialah hujan kerana pokok anggur mudah dijangkiti penyakit kulat jika terlalu banyak terkena air.

“Sebab itu kami bina bumbung atau rumah lindungan untuk elakkan pokok rosak. Beza­nya, kalau di luar negara anggur hanya berbuah sekali setahun, tapi di Malaysia ada varieti boleh berbuah dua kali setahun,” katanya.

Pasangan itu bercadang untuk mengembangkan tanaman anggur secara serius pada masa depan.

Siti Noreha berkata, buat masa ini, hasil anggur mereka belum dipasarkan secara komersial, sebaliknya hanya dinikmati bersama keluarga dan diberikan kepada tetamu.

“Ramai puji rasa anggur kami manis dan segar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN