fbpx
Anggota bomba melakukan kerja penyelamatan di lokasi kemalangan maut di Jalan Sultan Idris Shah di Ipoh hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Lelaki maut, isteri cedera kereta terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki maut manakala isterinya mengalami kecederaan ringan setelah kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.06 pagi tadi.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis dengan mangsa lelaki berbangsa India tersepit di bahagian pemandu dan telah disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya di sini hari ini.

Katanya, Ketua Operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep ‘saver’ dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hydraulic sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

Shazlean berkata, mangsa berusia 55 tahun yang maut diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN