fbpx
Mangsa terperangkap di dalam kereta yang terbakar di wilayah Nakhon Ratchasima semalam. - Facebook

Ibu cuma mampu lihat anak terbakar dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terperangkap di dalam kereta yang terbakar ketika ibunya keluar mencari cendawan di Thailand, lapor portal berita Bangkok Post. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) di Ban Noi, wilayah Nakhon Ratchasima semalam. 

Pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati budak itu terperangkap di dalam kereta jenis Chevrolet Aveo yang terbakar.

Api yang terlalu marak menyebabkan mangsa sukar untuk diselamatkan.  

Menurut laporan akhbar Matichon, lima orang termasuk mangsa, ibunya dan tiga wanita lain menaiki kereta itu. Mereka pergi ke hutan untuk mengutip cendawan yang banyak muncul pada musim hujan.

Kanak-kanak itu dibiarkan tertidur di dalam kereta dengan enjin dihidupkan, manakala empat wanita berkenaan mencari cendawan.

“Selepas mereka beredar, kami mendengar empat bunyi letupan dan kereta itu terbakar. Wanita-wanita itu cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal, menyebabkan mereka memanggil bantuan,” kata seorang saksi. 

Satu laporan yang tidak disahkan mengatakan tayar kereta itu meletup.

Pasukan forensik sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN