fbpx
Gambar fail orang ramai menyerbu sebuah pasar raya pada 1 September lalu.

Dapat kredit RM100, bukan siapa cepat dia dapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pada 31 Ogos lalu, kira-kira 22 juta warganegara berusia 18 tahun ke atas menerima kredit RM100 secara one off melalui bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

Apa yang berlaku pada hari pertama penerimaan kredit melalui MyKad itu adalah suasana pembelian di kedai-kedai yang menerima pembayaran itu menjadi huru-hara apabila sistem MyKasih itu tergendala.

Perkara itu berlaku apabila pengguna yang membuat pembayaran di kaunter terlalu ramai kira-kira 850,000 orang sehari, angka itu memang luar biasa sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem Mykasih sehingga ia tergendala di seluruh negara.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, lebih 1.1 juta transaksi Sara dan penyaluran Sara bulanan berjaya disempurnakan pada hari ketiga pelaksanaannya, dalam tempoh berkenaan, jumlah perbelanjaan rakyat telah mencecah RM192.4 juta.

Lebih 2.9 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit penghargaan Sara dalam tempoh tiga hari melibatkan nilai jualan sebanyak RM75.3 jutaberbanding RM50 juta pada 31 Ogos 2025.

Memang logik lah sistem MyKasih itu boleh tergendala apabila memang terlampau ramai rakyat Malaysia yang mahu tebus kredit yang diterima dalam masa serentak itu.

Kekecohan telah berlaku di beberapa pasar raya sehingga tular di media sosial apabila orang ramai meninggalkan troli pembelian sehingga pekerja di situ terpaksa menyusun semula barangan yang mengambil masa lebih lima jam.

Timbul juga cakap-cakap di media sosial kekecohan itu berlaku apabila penerima dalam golongan M40 dan T20 yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kerajaan sebelum ini yang membuat pembelian mendadak itu dalam masa yang sama.

Asasnya apabila setiap bulan penerima Sara berstatus miskin dan miskin tegar sememangnya menerima bantuan tanpa tunai itu sebanyak RM100 atau RM50 sepanjang tahun ini sejak Januari lalu. Tidak pula kita mendengar sistem MyKasih mengalami masalah.

Ini bermaksud golongan B40 telah menerima kredit bantuan itu setiap bulan tetapi tidak timbul pula isu kekecohan di kaunter bayaran atau sistem tergendala.

Ada yang kata golongan M40 teruja pertama kali menerima bantuan itu dan kebetulan pada tarikh penerimaan tersebut pada hujung bulan dan sememangnya barangan dapur perlu dibeli dan kena pada waktunya.

Bagi mengelakkan isu sistem sentiasa tergendala ketika pembayaran, Kementerian Kewangan telah meningkatkan kapasiti sistem MyKasih dan banyak pasar raya juga dibuka sehingga 1 pagi.

Hebat betul golongan penerima one off Sara berbelanja, sistem MyKasih boleh tergendala dan huru-hara berlaku di banyak pasar raya. Ada yang kata jangan kalut sangat kredit RM100 boleh digunakan sampai hujung tahun bukan seminggu dua ini sahaja.

Esok belum kiamat, gunalah secara berhemat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN