fbpx
Anna akan mengenakan jam tangan pintar terutama semasa melakukan aktiviti sukan.

Jam tangan pintar aksesori wajib Anna Aljuffrey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAM tangan pintar bukan sekadar penunjuk masa, sebaliknya ia mampu menjadi pembantu kesihatan peribadi yang memantau tahap kecergasan ketika melakukan aktiviti fizikal.

Disebabkan itu, pengacara dan penyampai radio Molek FM, Anna Aljuffrey memilih untuk setia dengan jam tangan pintar Apple Watch SE yang sudah menjadi peneman setianya sejak empat tahun lalu.

Bagi penyampai radio kelahiran Kuantan, Pahang itu, jam pintar tersebut adalah aksesori bergaya yang dipakai pada setiap hari.

“Saya sangat suka dengan jam pintar ini kerana setiap hari ia memantau tahap stamina, kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah, merekod jumlah langkah dan kadar kalori yang telah dibakar.

“Ia juga dapat memantau tahap kesihatan saya ketika sedang aktif melakukan aktiviti sukan seperti larian, bermain badminton atau pickleball,” katanya kepada K-Tekno.

Selain jam tangan pintar kesayangan, Anna juga gemar menggunakan peralatan memasak yang dapat menjimatkan masa, sekali gus menjadi pembakar semangat kepadanya saat menyediakan hidangan.

Sepanjang hampir tiga bulan menggunakan alat memasak Simplus Multifunctional Egg Cooker, Anna tidak lagi berdepan dengan kesukaran untuk memasak telur setengah masak pada setiap pagi.

“Boleh dikatakan terikut-ikut dengan media sosial, saya sekarang sangat sukakan alat memasak itu. Ini kerana, ia memudahkan saya masak telur setengah masak.

“Saiznya juga sangat kecil dan muat untuk memasukkan empat biji telur serentak.

“Sejak adanya periuk ini, saya semakin rajin untuk masak terutamanya sarapan pagi,” katanya .

Selain itu, Anna juga berkongsi tentang permainan video yang menjadi obsesinya pada waktu lapang.

Anna mengakui teruja dengan permainan video, Top Heroes terutamanya ketika bermain bersama rakan-rakan maya ketika waktu lapang.

“Saya sangat suka dengan permainan video ini. Permainan ini membolehkan pemain menjaga wilayah mereka, dan ia boleh dimainkan dengan pemain luar.

“Saya juga dapat bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk membantu mempertahankan wilayah mereka.

“Saya sangat seronok apabila kami memperolehi kemenangan,” ujarnya.

Cerita Anna kemudian dilanjutkan kepada pengalaman bermain Game Boy yang menjadi kegilaan golongan remaja sekitar awal 2000-an.

Boleh dikatakan rata-rata remaja pada waktu itu menjadikan Game Boy sebagai medium hiburan yang boleh dibawa ke mana sahaja.

Tambahan pula ketika itu, telefon pintar tidak secanggih sekarang yang sarat dengan pelbagai spesifikasi sesuai mengikut keperluan semasa.

“Kalau ikutkan masa kanak-akan dulu, saya memang suka sangat main Game Boy. Boleh dikatakan itu antara hiburan yang paling menyeronokkan.

“Kenangan manis yang saya tidak akan lupa adalah berkongsi Game Boy dengan dua orang abang. Kami terpaksa bergilir-gilir main Game Boy itu.

“Setiap malam memang akan ada penggiliran supaya kami tidak bergaduh, dan semua berpeluang untuk main,” katanya berseloroh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN