fbpx
Nurul Fatiha Suhairi.

Nurul Fatiha hilang sejak 31 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Seri Ros Apartmen, Taman Sepakat Indah, Sungai Chua, di sini sejak 31 Ogos lalu.

Nurul Fatiha Suhairi, 13, kali terakhir dilihat sekitar pukul 1 petang pada hari kejadian sebelum gagal dikesan sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan itu kira-kira pukul 1.04 pagi Ahad lalu.

“Berdasarkan maklumat, orang hilang miliki ketinggian kira-kira 143 sentimeter, berat 40 kilogram, berbadan kurus kecil serta berambut lurus berwarna perang. Ketika hilang, dia tidak bertudung,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI