fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat hampir di seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan seluruh negara sehingga pukul 8 malam ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang dijangka terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.

“Antara negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah (termasuk Langkawi, Pokok Sena, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, serta hampir seluruh kawasan di Perak.

Selain itu, kawasan yang terjejas di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” ujarnya.

Turut terjejas ialah di Terengganu (Besut), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong), dan beberapa kawasan di Selangor seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Kuala Lumpur turut menerima amaran sama, selain beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching (Lundu), Kapit (Song), dan Limbang.

Sementara itu, amaran turut dikeluarkan untuk kawasan di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Tongod dan Telupid) serta Kudat.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI