fbpx
Gambar hiasan

Pengguna jual semula barang dibeli guna wang Sara RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mengesan terdapat pengguna menjual semula barang keperluan yang ditebus melalui sistem Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100 bagi mendapatkan wang tunai.

Presidennya,  Mohd. Yusrizal Yusoff berkata, tindakan itu dilakukan oleh golongan bujang dipercayai kerana mereka tidak begitu memerlukan barangan dapur sebaliknya lebih cenderung mendapatkan wang tunai untuk kegunaan lain.

“Aduan ini kami terima di Kota Setar. Kita dimaklumkan oleh peniaga bahawa ada dalam kalangan pengguna membeli barangan menggunakan Sara RM100, kemudian dijual semula untuk mendapatkan tunai.

“Kebanyakan mereka adalah golongan bujang yang tiada tanggungan. Mungkin mereka perlukan duit untuk isi minyak motor atau tambah nilai telefon. Jadi kita dapat aduan ada yang melakukan perkara ini,” dakwa ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, situasi itu menunjukkan sebahagian rakyat masih lebih mengutamakan tunai berbanding barangan keperluan asas.

Selain itu, pihaknya turut menerima rungutan pengguna yang terpaksa berulang kali ke pasar raya untuk membeli barang apabila sistemnya mengalami gangguan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN