BENTONG – “Saya akui malu kerana pada usia begini orang sudah panggil mak cik, tetapi masih terjebak dengan dadah”. Demikian luahan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti, 44, selepas dibebaskan lebih awal sempena Program Pelepasan Banduan Secara Lesen Madani Yakin: Kepulangan Yang Dinanti di Dewan Perdana Penjara Bentong, di sini semalam. Siti yang berasal dari Temerloh sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 11 bulan selepas disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki peralatan menghisap……