fbpx
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah) kepada Wan Masindra Juja pada sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M peringkat negeri Perak di Hotel Casuarina. FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Media massa dan gajet antara cabaran utama dunia dakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Persepsi salah yang dibentuk oleh media massa dan pengaruh alat elektronik dikenal pasti sebagai antara cabaran utama dalam dunia dakwah masa kini.

Tokoh Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah) sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri, Wan Masindra Juja, 44, berkata, cabaran itu tidak hanya dihadapi masyarakat Orang Asli, malah merentasi semua peringkat umur dan kaum.

“Ada kala media menggambarkan Islam dalam bentuk yang sebaliknya sedangkan jika Islam difahami melalui ilmu berpandukan al-Quran dan Sunnah, kita akan melihat Islam dalam versi yang sebenar, berbeza daripada apa yang ditonjolkan melalui kehidupan segelintir umat Islam pada hari ini,” katanya.

Wan Masindra menerima Anugerah Tokoh Ibnu Abbas yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri di Casuarina@Meru di sini semalam.

Penganugerahan tersebut membolehkan Tokoh Mualaf Kebangsaan tahun 2023 itu membawa pulang wang tunai RM5,000 dan plak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN