fbpx
Mohd Yusoff (dua dari kiri) ditemui pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi. - Foto Ihsan FAM

FAM buat keputusan pecat FA Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dipecat daripada ahli gabungan berkuat kuasa serta-merta atas konflik dalaman sebelum ini.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan itu dibuat selepas badan induk pengurusan Singa Utara itu gagal menyelesaikan mengikut tempoh akhir yang ditetapkan.

“Pertamanya, FAM hari ini telah buat keputusan untuk memecat PFA sebagai ahli gabungan badan induk bola sepak negara berkuatkuasa serta merta.

“Ini setelah kita bagi tempoh akhir mereka selama enam bulanuntuk menyelesaikan atau mengatasinya masalah-masalah sebelum ini dan tempoh enam bulan itu pun telah berakhir,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat keempat Exco FAM bagi penggal 2025-2029 semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff menegaskan keputusan itu tidak akan menjejaskan pasukan dari Perlis yang sebelum ini beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-Pro.

“Daripada segi pertandingan, untuk liga, pasukan yang mewakili Perlis dia tidak akan beri kesan kepada itu sebab sebelum ni pun dia bukan dapat kelulusan daripada PFA.

“Sebab PFA ini daripada 2019 sudah digantung,” katanya.

Sebagai rekod, PFA digantung FAM pada Disember tahun lepas sebagai ahli gabungan kerana gagal membayar gaji tertunggak dan pampasan kepada bekas pengarah bola sepaknya, Matt Holland, yang jumlahnya lebih daripada RM998,000, seperti yang diarahkan oleh FIFA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI