fbpx
Tangkap layar video seorang lelaki Indonesia memasang bendera Malaysia sempena hari Merdeka.

[VIDEO] Terima kasih Malaysia terangi cahaya buat keluarga di kampung Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki Indonesia bekerja di Malaysia menarik perhatian ramai apabila mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan ke-68 hari ini.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok Nijarrslsaa, lelaki tersebut berdiri di atas tembok pagar sambil mengikat bendera Malaysia.

“Bolehkah aku sebagai orang Indonesia ikut mengibar dan merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia? Selamat Hari Merdeka Malaysia. Semoga terus menjadi negara aman, makmur dan sejahtera,” katanya menerusi kapsyen video.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial dari kedua-dua buah negara selain ada yang mendoakan situasi yang berlaku di Indonesia berakhir dengan baik.

“Terima kasih Malaysia, keranamu setengah rakyat Indonesia bisa menerangi cahaya buat keluarganya di kampung. Terima kasih juga kerana negara ini kami ikut dapat merasakan kesejahteraan. Kami sedar, kami ini hanyalah orang luar yang ingin merasakan kenyamanan sementara. Kami dari Indonesia mengucapkan Selamat Hari Merdeka Malaysia, tetaplah damai dan sejahtera,” balas pengguna TikTok Claraa.

“Selamat Hari Merdeka Malaysia. Kami rakyat Indonesia lagi berduka,” komen Yudiwahyu487.

“Terima kasih kita serumpun, terkadang kita berselisih pendapat. Tapi apabila kalian ditindas, sedikit sebanyak kami juga berasa sakit. Moga Indonesia cepat aman dan sembuh,” ujar AlyzaHaron.

“Ingat kami selalu di belakangmu wahai Indonesia. Kami berduka, kami pun turut berduka. Salam dari Malaysia,” kata Loverperson. – KOSMO! ONLINE

@nijarrslsaaa Happy independence Day, Malaysia!. Semoga terus menjadi negara yang aman, makmur, dan sejahtera. 🇲🇾🇮🇩. #merdeka2025 #indomalaysia #kitaserumpun #merdeka68 #malaysia ♬ suara asli – SAPUTRA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI