fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu dengan selamba menangkap King Cobra dengan batang paip. - Instagram

‘Ini sebab wanita hidup lebih lama berbanding lelaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki di India mengundang perhatian orang ramai apabila menangkap seekor ulang tedung jenis King Cobra dengan tangannya dan batang paip, lapor portal berita Zee News. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @wild_whisperer menunjukkan lelaki terbabit cuba menangkap reptilia gergasi itu yang melingkar di celah rumah. 

Selain berada di lorong sempit, dia tidak memakai sebarang peralatan keselamatan dan hanya menggunakan batang paip yang dibalut dengan guni.

Penangkapan itu berlangsung selama hampir setengah jam. 

Selepas beberapa kali percubaan, ular itu akhirnya masuk ke dalam guni melalui paip yang dipegangnya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 159 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ini sebab wanita hidup lebih lama dari lelaki,” kata seorang netizen. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN