fbpx
SEKILAS video muzik Grab 'Keranamu Malaysia' sempena Hari Kebangsaan Malaysia.

K2

Grab Malaysia lancar video muzik ‘Keranamu Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGGAL 31 Ogos menjadi detik bersejarah buat rakyat Malaysia bagi meraikan kemerdekaan dan menzahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan hasil daripada perjuangan pahlawan-pahlawan terbilang yang berkorban harta dan nyawa demi tanah air tercinta.

Sehubungan itu, sempena Hari Kebangsaan, Grab Malaysia telah melancarkan sebuah video muzik berjudul ‘Keranamu Malaysia’ sebagai penghargaan istimewa kepada rakyat Malaysia yang telah membina, membentuk dan memacu platform ini demi kesejahteraan bersama. 

Video muzik ini meraikan inovasi, kerjasama, perpaduan dan ketabahan yang menjadi tunjang kepada #GrabBersamaMalaysia.

Dilancarkan pada 24 Ogos 2025, video muzik ini menekankan komitmen Grab terhadap pendekatan teknologi yang berhemah, inklusif dan dipacu data bagi memperkasakan komuniti tanpa mengekang inovasi. 

Ia turut menggariskan bagaimana perkhidmatan Grab seperti Family Account, Group Order dan GrabMaps serta syarikat seinduk GXBank dan Jaya Grocer, direka atur dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia, sekali gus mencerminkan aspirasi dan kehendak harian masyarakat. 

Menurut Ketua Pemasaran, Grab Malaysia, Ko Li Ping ‘Keranamu Malaysia’ merupakan satu penghargaan buat rakyat Malaysia yang luar biasa telah membentuk dan menggerakkan Grab sehingga ke tahap ini. 

“Video muzik ini adalah cara kami menghargai semangat serta sumbangan harian mereka yang terus memacu Malaysia ke hadapan. 

“Sorotan diberikan kepada insan-insan di sebalik inovasi yang anda lihat di Grab: rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami serta pasukan berbakat yang memetakan jalan, membangunkan dan menyesuaikan ciri-ciri teknologi Grab agar platform ini berfungsi untuk semua.

“Keranamu Malaysia mengingatkan kita bahawa setiap perjalanan, setiap hidangan, dan setiap detik yang dikongsi di Grab digerakkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia,” katanya.

RAKAN kongsi Grab meraikan bersama Perarakan Hari Kebangsaan dengan disertai oleh Wira dan Manja, maskot untuk kempen Melawat Malaysia 2026 Malaysia.

Tambah beliau, dari usaha memetakan jalan di seluruh negara sehinggalah membuka cara baharu untuk berhubung dengan insan tersayang, Grab terus mendapat inspirasi daripada ketabahan, kreativiti dan perpaduan masyarakat yang dilayaninya. 

Video muzik ini boleh ditonton di pautan berikut: Keranamu Malaysia

Selain video muzik tersebut, Grab juga berbangga menjadi rakan utama dalam meraikan dan meneroka kekayaan warisan dan kepelbagaian budaya Malaysia. 

Melalui kerjasama terbaharunya dengan Tourism Malaysia, Grab berhasrat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan juga pelancong untuk menjelajah keindahan negara, sama ada dengan mengunjungi destinasi menarik dengan menaiki kenderaan Grab atau menikmati hidangan istimewa tempatan melalui GrabFood.

“Kerjasama ini turut diperluas kepada kempen Visit Malaysia 2026 di mana Grab akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mempromosikan pengalaman kulinari serta menarik lebih ramai rakan korporat untuk menampilkan Malaysia di pentas dunia. 

“Bagi menjadikan pengembaraan ini lebih mudah diakses, Grab memperkenalkan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif sempena Hari Kebangsaan di seluruh platformnya. 

“Daripada diskaun jenama tempatan sehinggalah ke tawaran penjimatan bagi juadah istimewa Malaysia yang dihantar terus ke pintu anda, Grab memudahkan semua orang untuk meraikan serta menikmati yang terbaik daripada Malaysia pada musim Hari Kebangsaan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, Grab Malaysia dengan bangganya akan turut serta dalam Perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos dan juga menyertai perarakan peringkat negeri di Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuantan dan Pulau Pinang. 

Tahun ini, Grab membawakan penyertaan rakan-pemandu, rakan-penghantar serta warga kerja Grab Malaysia, GXBank dan Jaya Grocer bagi menzahirkan semangat inovasi dan komuniti yang menjadi nadi platform ini. 

Kehadiran Grab dalam beberapa perarakan ini mengetengahkan insan-insan yang telah menggerakkan kejayaannya daripada rakan-pemandu dan rakan-penghantar yang berdedikasi sehinggalah pasukan yang tekun menyesuaikan serta memacu inovasi teknologi Grab untuk rakyat Malaysia. 

Menambahkan lagi kemeriahan, Grab Malaysia akan menampilkan reruai khas sempena Perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik bagi penonton perarakan. Ini termasuk cabutan bertuah, pemberian barangan eksklusif secara percuma serta baucar untuk menjadikan sambutan lebih bermakna. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN