fbpx
Taufik (dua kiri) dan Radja ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini. - Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

Dua pekerja Indonesia dijel miliki 19.8 tan minyak masak tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Dua pekerja warga Indonesia dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memiliki barangan kawalan sejumlah 19.8 tan minyak masak berjadual bernilai RM55,473.60, Mei lalu.

Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar menjatuhi hukuman tersebut kepada Muhammad Taufik, 32 dan Radja Nughara, 22 yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Perintah hukuman penjara berjalan dari tarikh mereka ditangkap pada 19 Mei lalu.

Taufik dan Radja didakwa bersama-bersama seorang lagi yang telah dituduh sebelum ini memiliki barangan kawalan berjadual iaitu minyak masak seberat 19,812 kilogram tanpa lesen.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis kosong di Jalan TK Kapas di sini kira-kira pukul 5 petang pada 19 Mei lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 22 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN