fbpx
Sebahagian lebih 150,000 peserta Himpunan RXZ Members 7.0 yang membanjiri Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus minggu lalu.

Kerajaan negeri beri ‘lampu hijau’ RXZ Members kekal di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai halangan sekiranya program Himpunan RXZ Members 8.0 diadakan di negeri ini pada tahun hadapan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sentiasa menyokong aktiviti melibatkan anak muda termasuk komuniti permotoran selagi ia memberi manfaat kepada masyarakat dan ekonomi setempat.

“Tiada masalah untuk Himpunan RXZ Members diteruskan di Terengganu. Acara ini juga menjadi ikon kepada negeri kita kerana saban tahun ribuan peminat Yamaha RXZ hadir dari seluruh negara,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, penganjuran RXZ Members sejak beberapa tahun lalu memberi impak besar kepada ekonomi setempat termasuk sektor pelancongan serta perusahaan kecil dan sederhana.

Beliau berkata, limpahan ekonomi yang dijana melalui kehadiran ratusan ribu peserta memberi peluang perniagaan bukan sahaja kepada peniaga kecil, malah pengusaha inap desa, hotel dan pusat beli-belah.

“Ini antara bentuk kebersamaan kita dengan anak muda. Kerajaan negeri sentiasa konsisten untuk menyokong agar penganjuran berjalan lancar,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN