fbpx
Anwar pada ucaptama Kuala Lumpur Roundtable on Asia-Pacific Regional Cooperation anjuran Boao Forum for Asia.

Kuasa besar jangan jadi pengacau ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan mewujudkan era baharu kerjasama serantau berteraskan konsep sovereign interdependence atau saling bergantung secara berdaulat.

Anwar berkata, prinsip kedaulatan dan solidariti yang diperjuangkan sejak Persidangan Bandung 70 tahun lalu kekal relevan, malah perlu diperbaharui dalam menghadapi cabaran perdagangan global, perang teknologi dan tekanan geopolitik masa kini.

“Kita mesti berinteraksi dengan dunia secara bebas tetapi atas terma kita sendiri. Ini bukan penolakan terhadap globalisasi, sebaliknya usaha untuk membentuknya semula supaya negara berdiri teguh atas kaki sendiri sambil tetap bekerjasama, sekali gus menolak dominasi kuasa besar dalam menentukan hala tuju ekonomi dunia,” katanya pada ucaptama Kuala Lumpur Roundtable on Asia-Pacific Regional Cooperation anjuran Boao Forum for Asia di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon serta tokoh akademik dan pemimpin serantau.

Menurut beliau, sistem perdagangan dunia kini berada dalam keadaan lemah dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) lumpuh manakala kuasa ekonomi besar pula menjadi pengganggu melalui tarif, sekatan eksport dan penggunaan sekatan kewangan secara sewenang-wenangnya.

Katanya, keadaan itu telah menimbulkan ketidaktentuan serta kerentanan baharu apabila sumber tenaga, laluan perkapalan dan rantaian bekalan semikonduktor dijadikan senjata politik serta ekonomi.

Selain itu, dalam konteks Asia, Anwar menekankan kepentingan penyelarasan dasar dan pelaburan bersama bagi memastikan abad Asia benar-benar direalisasikan.

“Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA 3.0) yang akan dibentangkan pada Oktober depan, sebagai bukti bahawa kerjasama ekonomi boleh dilaksanakan secara inklusif dan berpandangan jauh.

“Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia mahu memastikan kesentralan ASEAN bukan sekadar retorik tetapi satu amalan. Kita juga akan menganjurkan Sidang Kemuncak RCEP pada Oktober bagi mempercepat pelaksanaan dan membuktikan Asia masih mampu memimpin keterbukaan,” katanya.

Tambahnya, cabaran teknologi sebagai ujian terbesar terhadap konsep sovereign interdependence, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), automasi dan digitalisasi yang berkembang pantas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN