fbpx
LETSHANAA menampilkan aksi lebih kemas di set kedua bagi menyingkirkan Mehta daripada Kejohanan Dunia. - ISKANDAR ISHAK

Kejohanan Dunia: Letshanaa lepasi halangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Aksi mencabar dihadapi perseorangan wanita negara, K. Letshanaa ketika meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Paris, Perancis.

Pada pusingan pertama yang berlangsung di Adidas Arena sebentar tadi, pemain berusia 21 tahun itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-18, 21-8 ke atas Saloni Mehta dari Hong Kong.

Biarpun memiliki rekod kemenangan 2-0 ke atas lawannya itu, namun Mehta dilihat tidak memberi laluan mudah buat Letshanaa apabila memberikan tentangan sengit, terutamanya di set pertama.

Bagaimanapun, Letshanaa kembali memperkemaskan permainan pada set berikutnya apabila tidak memberikan ruang kepada lawan untuk merapatkan kedudukan selepas berjaya mendahului dengan perbezaan mata cukup besar.

Kemenangan yang dilakar sedikit sebanyak mengubat kekecewaan peminat badminton tanah air selepas seorang lagi pemain negara, Goh Jin Wei terpaksa pulang awal selepas tewas kepada Gao Fang Jie dari China.

Menjelang pusingan kedua esok, Letshanaa dijangka berdepan cabaran sukar apabila akan membuat perhitungan menentang bekas juara dunia dari India, P.V. Sindhu yang menewaskan pemain Bulgaria, Kaloyana Nalbantova. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI