fbpx
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah. - Instagram

Penduduk terpaksa bawa jenazah naik motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Bone Bolango, wilayah Gorontalo mengundang perhatian orang ramai kerana membawa jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki motosikal, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di perkampungan Pinogu Pinembani, baru-baru ini. 

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @andreli_48 menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah yang dibungkus dengan kain batik. 

Kain batik itu bukan diikat pada belakang motosikal, sebaliknya diikat pada badan penunggang agar jenazah tidak terjatuh. 

Mereka berbuat sedemikian kerana  jalan rosak dan sempit sehingga tidak dapat dilalui oleh kereta. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 48,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Adakah pemerintah sengaja menutup mata?” kata seorang netizen. 

“Daripada berikan elaun bulanan kepada ahli Parlimen, lebih baik gunakan wang ini untuk membaiki jalan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI