fbpx
MOHD. Zaidi Mat Zin menunjukkan peti besi dan dadah yang dirampas dalam sidang media di Ibu Pejabat polis Daerah Pekan.

Tiga termasuk suami isteri ditahan, dadah 1.03 kg dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah selepas menahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di Kampung Geylang dan Kampung Pelangkah di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 7 malam itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Pekan turut merampas dadah seberat 1.03 kilogram.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Geylang berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dan menemukan bungkusan plastik putih berisi 25 peket syabu seberat 831.9 gram.

“Selain itu, sebuah beg mengandungi sebungkus plastik lutsinar yang di dalamnya terdapat paket merah jambu dan lapan paket biru berisi pil dipercayai pil yaba seberat 201.56 gram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, di sini, hari ini.

Tambahnya, keseluruhan hasil rampasan terbabit menjadikan jumlah keseluruhan dadah adalah seberat 1,033.46 gram dengan anggaran bernilai RM32,020 yang mampu dibekalkan kepada kira-kira 2,066 penagih dalam tempoh sehari.

Katanya, hasil siasatan ke atas lelaki itu membawa kepada satu lagi serbuan di Kampung Pelangkah, di sini dan menahan sepasang suami isteri tempatan masing-masing berusia 48 dan 28 tahun. Kegiatan pengedaran dadah dilakukan kesemua suspek di daerah ini dikatakan bermula sejak awal tahun lalu.

“Lelaki pertama yang ditahan memiliki lima kesalahan lampau manakala suami isteri masing-masing mempunyai 19 rekod kes dadah serta satu kes jenayah dan tiga rekod kes dadah. Hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiganya positif dadah jenis methamphetamine.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI