fbpx
DEBUT sempurna Jun Hao pada Kejohanan Dunia selepas meneruskan kemaraan ke pusingan kedua. - AFP

Kejohanan Dunia: Jun Hao mara, Jin Wei kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao terus menggalas cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Dunia di Paris, Perancis selepas berjaya melangkah ke pusingan kedua.

Pada perlawanan yang berlangsung di Adidas Arena sebentar tadi, bekas juara remaja Asia itu mencatat kemenangan mudah 21-14, 21-12 ke atas Tobias Kuenzi dari Switzerland dalam tempoh 31 minit sahaja.

Kemenangan itu sememangnya sudah dijangka biarpun kedua-dua pemain tersebut tidak pernah bertemu sebelum ini, lebih-lebih lagi reputasi besar dimiliki Jun Hao selain menghuni ranking ke-25 dunia.

Kemaraan Jun Hao ke pusingan seterusnya sedikit sebanyak mengubat kekecewaan peminat-peminat sukan tanah air selepas perseorangan profesional, Lee Zii Jia tersingkir di pusingan pertama semalam.

Menjelang pusingan kedua nanti, pemain berusia 26 tahun itu dijadualkan bertemu pemain Jepun, Kenta Nishimoto yang membenam cabaran Wang Tzu Wei dari Taiwan dengan keputusan 21-13, 21-12.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam acara perseorangan lelaki adalah menerusi Liew Daren yang meraih gangsa pada edisi 2018 di Nanjing, China.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang terpaksa pulang awal selepas akur dengan kekalahan straight set 14-21, 9-21 kepada pilihan ke-14 dari China, Gao Fang Jie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI