fbpx
Gambar hiasan

Pulau Pinang jadi tumpuan cuti sekolah, Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pulau Pinang dijangka menjadi tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa sempena cuti sekolah serta cuti umum pada September depan, termasuk sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang akan diadakan di Seberang Perai.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, negeri ini sentiasa bersedia menerima limpahan pelancong kerana sektor pelancongan telah menunjukkan prestasi cemerlang selepas pandemik.

”Selepas Covid-19, industri pelancongan Pulau Pinang sudah kembali melonjak.

”Data tahun 2024 menunjukkan jumlah penghuni hotel meningkat kepada 8.2 juta orang, iaitu peningkatan 13.3 peratus berbanding 2023 dan melebihi rekod pra-pandemik tahun 2017. Ini bukti kebangkitan semula pelancongan negeri,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Malaysia mengenai Bahasa, Kesusasteraan dan Budaya (MICOLLAC) 2025 di sini, hari ini.

Hon Wai berkata, faktor utama yang dijangka menarik pengunjung bulan depan adalah cuti persekolahan serta penganjuran dua acara besar iaitu sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Seberang Perai dan We Conference yang akan berlangsung di SPICE Arena dari 13 hingga 17 September.

”Persidangan ini akan membawa ribuan peserta dari dalam dan luar negara, sekali gus meningkatkan tempahan hotel di sekitar pulau dan tanah besar. Biasanya, tempahan oleh pelancong domestik juga dibuat saat akhir, namun kita yakin kadar penginapan akan penuh,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI