fbpx
Rafizi.

Suspek ugut isteri Rafizi dikesan secepat mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sedang mendapatkan bantuan daripada agensi berkaitan bagi mengesan individu warga asing yang didakwa menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya percaya individu terbabit dapat dikesan secepat mungkin.

“Kita masih lagi memohon bantuan daripada (agensi berkaitan) dan saya percaya kita akan cuba (kesan suspek) secepat mungkin,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Siri Dialog Khas III PDRM yang dianjurkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Pusat Konvesyen Sime Darby, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan seorang individu dikatakan terlibat dengan serangan membabitkan anak lelaki Ahli Parlimen Pandan itu, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

“Ini (dakwaan) kita tidak dapat nak pastikan. Ia masih dalam siasatan,” ujarnya.

Tambahnya, polis masih menunggu laporan kimia hospital bagi mengenal pasti jenis cecair yang disuntik dalam badan anak Rafizi.

Sebelum ini, polis sudah mengenal pasti pemilik nombor telefon individu yang menghantar mesej ugutan kepada isteri Rafizi yang dikesan didaftarkan atas nama warga asing.

Dalam kejadian pada 13 Ogos lalu, anak Rafizi berusia 12 tahun diserang dua lelaki bermotosikal di sebuah pusat-beli di Putrajaya.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, kejadian berlaku pada 2 petang di tempat menurunkan dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.

Sementara itu, Rafizi dalam kenyataan memaklumkan anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan di pusat beli-belah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI