fbpx
SALAH (kiri) bakal menjadi harapan utama Liverpool untuk merobek gawang Newcastle awal pagi esok. - AFP

Pemenang Liverpool, Newcastle ‘dapat’ Isak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool perlu bersedia dicemuh para penyokong Newcastle United sepanjang tempoh 90 minit apabila berkunjung ke laman keramat lawan, St. James Park awal pagi esok.

Ini disebabkan kemarahan penyokong-penyokong The Magpies terhadap tindakan Liverpool mahu membeli Alexander Isak sehinggakan penyerang utama mereka itu sudah tawar hati untuk kembali menyarung jersi hitam putih pasukan itu.

Justeru, pertemuan itu dijangka berlangsung dalam suasana lebih tegang, hangat dan bising menyedari St. James Park sentiasa dikenali sebagai salah satu gelanggang sukar buat mana-mana lawan untuk membawa pulang kemenangan.

Menariknya, peminat-peminat mula membuat teori bahawa Isak menjadi ganjaran kepada pemenang perlawanan itu sama ada Newcastle dapat mengekalkannya atau Liverpool berjaya membelinya.

Pengurus Liverpool, Arne Slot enggan terpengaruh dengan drama perpindahan tersebut apabila menyifatkan Newcastle tetap lawan yang kuat biarpun tanpa Isak mengemudi jentera serangan.

“Saya tak rasa mereka adalah kelab bermasalah. Saya jangkakan Isak tidak bermain tetapi mereka masih ada Anthony Gordon di posisi No. 9, Anthony Elanga di sebelah kanan dan Harvey Barnes di kiri.

“Ini adalah EPL yang mana kita semua mempunyai banyak pilihan termasuk Newcastle,” katanya.

Sebagai rekod, Liverpool membuka kempen EPL musim ini dengan langkah kanan selepas menang 4-2 ke atas Bournemouth minggu lalu hasil jaringan Hugo Ekitike, Cody Gakpo, Federico Chiesa dan Mohamed Salah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI