fbpx
Anggota bomba berjaya menemui empat sekeluarga yang sesat ketika mendaki di Berapit Hiking Trail, Bukit Mertajam, malam tadi.

4 sekeluarga sesat dalam hutan ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Empat sekeluarga terpaksa berdepan detik mencemaskan apabila mereka dilaporkan tersesat hampir dua jam ketika mendaki di Berapit Hiking Trail di Bukit Mertajam, malam tadi.

Kesemua mangsa terbabit bagaimanapun ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan bomba dan polis, kira-kira pukul 10.09 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan polis berhubung insiden mangsa sesat di hutan pada pukul 8.08 malam tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat dilakukan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Mertajam.

“Kejadian melibatkan empat sekeluarga berbangsa India dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian.

“Mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat pada pukul 10.09 malam tadi oleh anggota bomba dan pihak polis yang turut berada di lokasi.

“Mangsa seterusnya dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, malam tadi.

Beliau memberitahu lagi, operasi tersebut kemudiannya ditamatkan pada pukul 10.58 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI