fbpx
JPJ Selangor menahan dua warga asing dalam Ops Prebet sekitar Sunway Pyramid, hari ini.

Warga India ‘bisnes’ prebet sapu tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menahan dua buah kenderaan yang digunakan seorang warga India dan seorang lelaki tempatan untuk menjalankan kegiatan prebet sapu dalam Ops Prebet di sekitar Sunway Pyramid, di sini hari ini.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, kesalahan itu dikesan hasil pemantauan berterusan pihaknya susulan aduan orang awam berhubung kegiatan terbabit.

“Kedua-dua kenderaan tersebut telah disita dan dibawa ke JPJ Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serta menjalankan pemantauan ke atas semua aduan bagi memastikan setiap kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI