fbpx
Rezeki pak cik tembikai semakin mencurah-curah selepas bersedekah kepada murid sekolah.

[VIDEO] Pak cik tembikai murah rezeki selepas bersedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rezeki ‘pak cik tembikai’ semakin mencurah-curah selepas tular kerana bersedekah kepada murid-murid sekolah di Sri Gading, Batu Pahat, Johor sebelum ini.

Menerusi video tular yang dimuat naik @een_naa di TikTok, dia ingin menyampaikan sejumlah wang kepada pak cik tersebut hasil daripada sumbangan seorang hamba Allah selepas melihat kebaikan warga emas itu.

Walaupun pada mulanya pak cik itu tidak mahu menerima wang tersebut namun akhirnya dia beralah sebelum bertindak membungkuskan berplastik-plastik buah tembikai.

“Pagi ini saya dan suami sudah pun menyampaikan amanah seorang hamba Allah kepada pak cik ini. Mula-mula pak cik ini tidak mahu terima, tapi akhirnya pak cik beralah.

“Sebelum pak cik ni ambil sumbangan tersebut, dia bungkus sebanyak-sebanyak buah tembikai dan tembikai susu.

“Ya Allah pak cik sebak saya. Buah-buah ni nanti kami agihkan kepada orang lain ya pak cik biar ramai yang dapat,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

Difahamkan anak kepada pengguna yang memuat naik video itu juga merupakan salah seorang murid yang menerima sedekah buah tembikai dari pak cik tersebut pada hari kejadian.

Sementara itu, dalam hantaran TikTok berbeza, anak kepada pak cik tersebut dikenali sebagai @anawatilaw memuat naik gambar bapanya berbaju Melayu putih.

Katanya, ramai warga surau ucapkan tahniah kepada bapanya setelah tular sekali gus mengucapkan terima kasih kepada pengguna wanita sebelum ini kerana memuat naik video berkenaan.

“Ayahku memang tidak mempunyai gelaran yang tinggi, tidak juga hebat di mata orang lain, tapi aku bangga menjadi puterinya, sesederhana apapun dirinya, dia tetap berharga di mataku.

“Terima kasih akak atas ‘moment’ terindah ayah saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mendoakan pak cik berkenaan agar terus diberi kekuatan dan murah rezeki dalam berniaga.

“Semoga pak cik panjang umur dan dimurahkan rezeki,” komen Mohd. Radzi.

“Terima kasih pak cik, anak-anak saya selalu makan buah tembikai pak cik depan sekolah,” komen Umi. – KOSMO! ONLINE

@een_naa Replying to @rafidah2343 MasyaAllahhhh… sesungguhnya pakcik ini sangatlah pemurah dan suka bersedekah… Pagi ini sy dah suami sudahpun menyampaikan amanah seorang hamba Allah kepada pakcik ini.. Mula2 pakcik ni xnak terima, tapi akhirnya pakcik beralah.. Cumaaaa tengoklah sendiri video ni… Sebelum pakcik ni ambil sumbangan tersebut, pakcik ni bungkus sebanyak2 tidak buah tembikai dan tembikai susu… Ya Allah pakcikkkkkk sebak sayaaaaa… Buah2 ni nanti kami agih2kan pada org lain ya Pakcik biar ramai yg dapat merasa… Pakcik betul2 dah mengajar kami erti sedekah yang sebenar2nya… Terima kasih banyak2 pakcik… Moga sihat selalu ya pakcik 🥹🥹🥹🥹 #pakciktembikai #sedekah #kongsirezeki #srigading #senggarang #batupahat ♬ suara asli – Youtube : Guitar Intensive – Guitar Intensive

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI