fbpx
Mendiang sempat mengirimkan pesanan terkahir kepasa ibunya dan beberapa ahli keluarga lain sebelum ditemui jatuh dari sebuah kondominum pada Rabu lalu.

‘Mama maafkan saya, saya sayang mama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelajar universiti swasta yang maut terjatuh sebuah kondominium di Taman Melati, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu dikatakan sempat memohon maaf kepada ibunya.

Difahamkan, sebelum kejadian, mendiang Guo Junhao, 21, menghantar kata-kata ringkas meminta maaf atas segala kesalahan yang pernah dilakukan kepada ibunya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mama…maafkan saya. Saya sayang mama,” tulis mendiang.

Tangkap layar perbualan WhatsApp antara mendiang dan ibunya tular di media sosial sejak semalam.

Mendiang dipercayai turut menghubungi beberapa saudaranya untuk mengungkapkan rasa sayang dan penghargaan kepada mereka beberapa minit sebelum jasadnya dijumpai.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 6.48 pagi membabitkan seorang wanita berusia 22 tahun yang jatuh dari tingkat 22. Mayatnya dijumpai di tingkat lapan kondominium tersebut.

“Dalam kejadian kedua pada pukul 9.35 malam, seorang lelaki berusia 21 tahun ditemukan maut selepas jatuh dari tingkat 35 kondominium yang sama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kedua-dua mangsa disebabkan kecederaan yang pelbagai akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI