fbpx
Mohd. Khalid pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

5 kes bendera terbalik dirujuk ke AGC – Mohd. Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lima kertas siasatan berhubung pemasangan dan pengibaran bendera terbalik sudah dirujuk kepada Jabatan Peguama Negara (AGC).

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, setakat ini enam kes dilaporkan masing-masing dua di Johor dan Pulau Pinang serta satu Selangor dan Negeri Sembilan.

“Daripada jumlah itu, lima kertas siasatan telah dikemukakan kepada AGC untuk tindakan lanjut, manakala satu lagi masih dalam siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Justeru, Mohd. khalid menegaskan agar semua pihak menghormati undang-undang, khususnya ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI