fbpx
Gambar Hiasan

Remaja ‘lapar’ perhatian konon diserang dengan pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah membuat laporan polis palsu diserang individu menggunakan senjata api kerana dahagakan perhatian serta kasih sayang abang dan kakaknya.

Majistret A. Shaarmini membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 19 tahun mengaku bersalah atas perbuatan tersebut dalam keadaan menangis teresak-esak. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara satu bulan jika gagal bayar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah membuat laporan polis palsu sehingga menyebabkan anggota polis menggunakan kuasa sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 7.17 malam, 16 Ogos lalu di Balai Polis Nusa Bestari, Skudai di sini.

Tertuduh turut didenda RM2,000 kerana memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini pada pukul 10 malam, 16 Ogos lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI