fbpx
Penduduk bergegas mencari perlindungan ketika serangan Israel mengenai sebuah bangunan di Jabalia, utara Semenanjung Gaza semalam. - AFP

Israel mulakan serangan takluk Bandar Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA – Tentera Israel memulakan gelombang awal serangan darat yang dirancang untuk menakluki seluruh Bandar Gaza dan mendakwa sudah menguasai kawasan pinggir bandar, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Jurucakap tentera berkata, askarnya sudah beroperasi di kawasan Zeitoun dan Jabalia bagi memulakan serangan itu yang diluluskan oleh Menteri Pertahanan, Israel Katz kelmarin.

Kira-kira 60,000 pasukan simpanan dipanggil untuk dikerahkan awal September ini bagi menjalankan operasi tersebut.

Hamas menuduh Israel menghalang perjanjian gencatan senjata dengan meneruskan perang kejam terhadap orang awam yang tidak bersalah, lapor agensi berita Reuters.

Beratus-ratus ribu rakyat Palestin di Bandar Gaza dijangka berpindah dan menuju ke lokasi-lokasi perlindungan di selatan wilayah tersebut ketika persiapan untuk rancangan serangan besar-besaran itu  dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI