fbpx

Straits CommNet Solutions bekerjasama dengan Horizon Shipyard untuk bangunkan Limbungan Kapal Pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Straits Energy Resources Berhad (Straits) melalui anak syarikat tidak langsungnya, Straits CommNet Solutions Sdn Bhd (Straits CommNet Solutions) telah memeterai satu memorandum persefahaman
(MOU) dengan pengendali limbungan kapal terkemuka, Horizon Shipyard Inter Globe (M) Sdn Bhd (Horizon Shipyard), sebuah syarikat bersekutu tidak langsung milik 20 peratus Straits.

Kerjasama ini adalah untuk mereka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan
Limbungan Kapal Pintar di kemudahan milik Horizon.

Ia juga bertujuan untuk mengintegrasikan tenaga solar, sistem pengawasan keselamatan AI, sistem pemantauan dron dan kecerdasan buatan (AI) termaju, serta sistem perisian perancangan sumber perusahaan (ERP) dan pengurusan perhubungan pelanggan (CRM), bagi mewujudkan sebuah limbungan kapal yang terhubung dan dipacu data.

Pelaksanaan sistem pemantauan dron dan AI ini dijangka akan membolehkan Horizon Shipyard mengautomasikan pemerolehan data visual yang kritikal dan memanfaatkan analitik AI untuk pengoptimuman proses, pengesanan anomali ramalan, dan peruntukan sumber strategik.

Melalui pelaksanaan sistem-sistem ini dan keupayaan Limbungan Kapal
Pintar yang lain, Horizon Shipyard menjangkakan peningkatan yang ketara dalam kecekapan limbungan, produktiviti dan kecekapan tenaga.

Ketua Pegawai Eksekutif Straits CommNet Solutions, Sunny Ho Khin Choy berkata kerjasama ini akan memanfaatkan keupayaan transformasi digital
yang luas untuk memajukan infrastruktur limbungan kapal Horizon, membolehkan ia membuka peluang baharu dan mencapai pertumbuhan yang mampan sebagai pemain yang sedang meningkat naik dalam industri maritim.

Menurut beliau, dengan tumpuan Malaysia yang semakin meningkat untuk menjadi hab pembinaan dan pembaikan kapal di Asia, pelaburan dalam industri ini turut meningkat, daripada RM65.8 juta pada 2021 kepada RM363 juta pada 2022.

“Di Straits CommNet Solutions, kami melihat pasaran yang sedang berkembang ini sebagai peluang untuk mengembangkan perniagaan penyelesaian transformasi digital kami melalui pelaksanaan projek-projek Limbungan Kapal
Pintar, bermula dengan Horizon Shipyard.

“Di peringkat Kumpulan, projek ini melengkapi usaha kami untuk mempelbagaikan perniagaan kami, dengan perkhidmatan telekomunikasi dan rangkaian sebagai enjin pertumbuhan utama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, Ketua Pegawai Horizon Shipyard, Datuk Mark Kuang Chia Chun berkata, pihaknya  percaya bahawa transformasi digital limbungan kapal berpotensi untuk meningkatkan ketangkasan dalam operasi limbungan, menambah kapasiti dan akhirnya meningkatkan produktiviti dan daya saing.

“Dengan mendigitalkan dan mengautomasikan proses pembinaan kapal serta
mengintegrasikan sistem dron dan AI di seluruh kemudahan kami, kami berhasrat untuk mengurus dan mengendalikan projek-projek kompleks dengan ketepatan dan kecekapan yang dipertingkatkan, di samping meningkatkan keselamatan para pekerja kami,”.

“Kami berharap dapat memanfaatkan keupayaan transformasi digital dan IR4.0 Straits CommNet Solutions yang luas untuk membina salah sebuah Limbungan Kapal Pintar pertama di Malaysia, sekali gus membuka paradigma baharu dalam industri pembinaan kapal negara,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI