fbpx
Tangkap layar menunjukkan dua motosikal berputar tanpa henti di tengah jalan. - TikTok 

Motosikal kemalangan berputar seperti gasing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pengguna jalan raya di sebuah lokasi di Indonesia terkejut apabila melihat dua buah motosikal berputar tanpa henti seperti gasing di tengah jalan, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pagurawankampungkito menunjukkan dua motosikal itu berpusing di tengah laluan sehingga mencetuskan kesesakan lalu lintas. 

Selepas beberapa minit, kedua-dua motosikal itu berjaya diberhentikan dengan menggunakan kayu. 

“Aneh tapi nyata: Dua motor berputar seperti gasing selepas terlibat dalam kemalangan,” demikian menurut keterangan video itu. 

Masih belum jelas bila dan lokasi kejadian dirakam. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Pemilik motosikal sampai pening,” kata seorang netizen. 

“Biarkan sampai habis minyak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI