fbpx
MBAPPE menyudahkan sepakan penalti ketika Real menang tipis ke atas Osasuna pada aksi pertama La Liga musim baharu. - AFP

La Liga: Real harapkan gol penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe teruja muncul wira bagi memastikan pasukan memulakan kempen La Liga dengan langkah kanan selepas menewaskan Osasuna 1-0 pada aksi pembukaan awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Santiago Bernabeu itu, Mbappe meledak gol tunggal menerusi sepakan penalti sekali gus menghadiahkan tiga mata pertama buat Xabi Alonso pada aksi domestik pertamanya selaku pengendali The Galacticos.

Namun, Mbappe mengakui apa yang dipamerkan pasukan masih lagi di bawah tahap sebenar dan banyak perkara yang perlu diperbaiki sekiranya berhasrat untuk mencabar gelaran La Liga musim ini.

“Saya rasa kita bermain dengan baik tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki kerana ini adalah perlawanan pertama musim baharu. Namun, pujian wajar diberikan kepada rakan sepasukan yang berjaya membantu kita menang.

“Secara peribadi, saya turut gembira apabila dapat meledak gol dengan memakai jersi baharu No. 10 pada aksi kali ini,” katanya.

Sementara itu, Alonso menyifatkan ketiadaan aksi pramusim yang sempurna selepas menyertai Piala Dunia Kelab menjadi salah satu faktor pasukan tidak berada pada tahap seratus peratus.

“Osasuna beraksi dengan baik pada aksi kali ini terutama daripada aspek bertahan. Kita tiada masa yang cukup untuk menjalani latihan pada pramusim dan nasib baik kita masih menang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI