fbpx
Orang ramai mengharungi jalan yang dinaiki air selepas hujan lebat di Karachi semalam. - AFP

Lebih 20 lagi maut, hujan monsun tanpa henti badai Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Lebih 20 orang maut dalam hujan monsun terbaharu di Pakistan, ketika jabatan kaji cuaca meramalkan lebih banyak hujan sehingga Sabtu ini, kata agensi pengurusan bencana negara itu hari ini.

Hujan lebat di seluruh negara sejak minggu lalu telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang menghanyutkan seluruh kampung serta menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi hilang.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata hari ini bahawa 10 orang  lagi maut di Karachi, ibu kota kewangan di selatan akibat banjir bandar yang menyebabkan rumah runtuh dan renjatan elektrik.

“Seramai 11 yang lain meninggal dunia di wilayah utara Gilgit-Baltistan,” tambahnya dalam satu kenyataan.

Karachi yang menempatkan sekurang-kurangnya 20 juta orang, lumpuh ketika jalan raya ditenggelami air, beberapa kawasan kejiranan terputus bekalan elektrik dan lalu lintas terhenti selama berjam-jam.

Sementara itu, lebih 400 orang terbunuh di wilayah pergunungan barat laut bersempadan dengan Afghanistan, Khyber Pakhtunkhwa sejak Khamis minggu lalu.

Ketua Menterinya, Ali Saif berkata, lebih AS$34 juta (RM144 juta) diperuntukkan untuk usaha menyelamat, dengan 6,000 anggota dikerahkan dan lebih 5,000 orang diselamatkan setakat ini.

Secara keseluruhan, pihak berkuasa menambah, hampir 750 penduduk maut sejak musim tengkujuh bermula pada Jun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI