fbpx
DUA penjawat awam direman kerana disyaki menyalahgunakan jawatan di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Dua penjawat awam direman kes salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Dua penjawat awam direman selama lima hari kerana disyaki menyalahgunakan jawatan untuk kepentingan peribadi melibatkan projek kerajaan negeri bernilai hampir RM100,000.

Perintah reman bermula hari ini dibenarkan Majistret Nursyahida Abdul Rahim bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dua suspek yang berusia 36 dan 42 tahun yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurut sumber, mereka berdua ditahan di Pejabat SPRM di sini pada pukul 2 petang semalam.

“Siasatan menjurus kepada salah guna jawatan bagi kepentingan peribadi membabitkan empat projek perolehan kerajaan negeri sejak 2020 hingga tahun lalu.

“Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan penolong pegawai tadbir dan pembantu tadbir kanan itu berkomplot menyalahgunakan jawatan mereka bagi menguruskan perolehan kerajaan untuk tujuan peribadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab. Gani mengesahkan tangkapan dan reman terhadap kedua-dua penjawar awam terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN