fbpx
WISSA hanya menjalani latihan sendiri sebagai tanda protes selepas Brentford menyekat perpindahannya ke Newcastle. - AFP

EPL: Wissa ikut ‘perangai’ Isak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penyerang Brentford, Yoane Wissa menjadi pemain terbaharu yang melakukan mogok kepada pasukan sendiri apabila bertindak memadamkan semua gambarnya menyarung jersi kelab itu.

Tindakan itu berpunca rasa kurang senang bintang dari Congo itu terhadap pasukan yang dilaporkan tidak memenuhi janji untuk membenarkannya berhijrah ke kelab lain.

Kira-kira setahun lalu, Brentford dilaporkan bersetuju untuk pemain berusia 28 tahun itu berhijrah, namun kelab itu didakwa tidak menunaikan janji mereka ketika Newcastle United berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Brentford dilaporkan ‘menggantung’ seketika perpindahan Wissa kerana sedang menanti tawaran sekurang-kurangnya £50 juta (RM285.35 juta) daripada Newcastle yang sebelum itu sudah pun membuat bidaan £30 juta (RM171.2 juta).

Bagaimanapun, sumber mengatakan perpindahan itu masih boleh direalisasikan sekiranya Brentford berjaya mendapatkan pemain gantian, malah The Magpies juga sedang berusaha mendapatkan penyerang baharu sebelum membenarkan Alexander Isak berhijrah ke Liverpool.

Wissa yang tidak diturunkan pada perlawanan pertama menentang Nottingham Forest kini hanya menjalani latihan bersendiran dan tidak menyertai sebarang latihan bersama skuad utama.

Newcastle sebelum ini berdepan kecewa kerana agal dalam percubaan mendapatkan pemain tambahan selepas terlepas khidmat Liam Delap, Joao Pedro yang memilih Chelsea, Hugo Ekitike (Liverpool) dan Benjamin Sesko (Manchester United). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI